Wednesday, February 10, 2010

golongan muda berilmu lambang kejayaan negara

Wahai kepada semua pembaca, saya disini ingin berkongsi pandangan kepada mereka-mereka yang membaca blog saya ini, kebanyakkan golongan muda mudi pada hari ini hidup berpeleseran tidak menentu arah, adakah mereka tidak mahu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara? kalau ditanya sudah tentu mereka menyatakan mereka nak jadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. segelintir golongan muda pada hari ini bijak tapi malas, kerana negara kita pada hari ini lengkap dengan maklumat, media cetak, elektronik, internet dan yang paling baik untuk mendapatkan maklumat ialah di Jabatan Penerangan Malaysia, untuk makluman pembaca di Setiap Pejabat Penerangan Malaysia ada Pusat Maklumat Rakyat yang mana ada komputer dan internet diberikan perkhidmatannya secara percuma kepada pengguna yang datang ke Pusat Maklumat Rakyat di setiap Pejabat Penerangan Daerah. jadi disinilah golongan muda boleh mendapatkan maklumat & nasihat daripada pegawai-pegawai untuk mencemerlangkan diri. disamping itu di Pejabat-pejabat Penerangan Daerah juga ada bahan bacaan untuk mengatahui tentang dasar-dasar kerajaan. hidup dengan bermaklumat boleh membimbing diri kearah kecermerlangan untuk memajukan diri pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment