Wednesday, February 10, 2010

1 undi menentukan masa depan negara.

Wahai kepada pembaca, jikalau anda belum mendaftar untuk mengundi, anda daftarlah,ingatkan kepada anak-anak dan adik beradik serta saudara mara, terutama kepada orang melayu. saya mengigatkan dan menyeru agar golongan melayu hari ini jangan leka dan alpa apa yang kenikmatan yang kita dapat pada hari ini, kerana kenikmatan itu boleh hilang sekelip mata sahaja. boleh kita lihat pada hari ini kebanyakkan golongan muda kita pada hari ini leka dengan keseronokan dunia pada hari ini. kalau kita perhatikan penagih dadah yang ramai bangsa apa? mat rempit bangsa apa? bohsia bangsa apa? apa yang akan terjadi bangsa kita pada masa hadapan? kepada semua pembaca melayu berusahalah untuk bangsa,agama dan negara agar kita tidak menumpang dibumi sendiri.

golongan muda berilmu lambang kejayaan negara

Wahai kepada semua pembaca, saya disini ingin berkongsi pandangan kepada mereka-mereka yang membaca blog saya ini, kebanyakkan golongan muda mudi pada hari ini hidup berpeleseran tidak menentu arah, adakah mereka tidak mahu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara? kalau ditanya sudah tentu mereka menyatakan mereka nak jadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. segelintir golongan muda pada hari ini bijak tapi malas, kerana negara kita pada hari ini lengkap dengan maklumat, media cetak, elektronik, internet dan yang paling baik untuk mendapatkan maklumat ialah di Jabatan Penerangan Malaysia, untuk makluman pembaca di Setiap Pejabat Penerangan Malaysia ada Pusat Maklumat Rakyat yang mana ada komputer dan internet diberikan perkhidmatannya secara percuma kepada pengguna yang datang ke Pusat Maklumat Rakyat di setiap Pejabat Penerangan Daerah. jadi disinilah golongan muda boleh mendapatkan maklumat & nasihat daripada pegawai-pegawai untuk mencemerlangkan diri. disamping itu di Pejabat-pejabat Penerangan Daerah juga ada bahan bacaan untuk mengatahui tentang dasar-dasar kerajaan. hidup dengan bermaklumat boleh membimbing diri kearah kecermerlangan untuk memajukan diri pada masa hadapan.